Friday 15 March 2013

PENYALAHGUNAAN DADAH


1.     Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
2.      Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.
3.      Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
4.      Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
5.      Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan teramat sangat.
6.      Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
7.      Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
8.      Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
9.      Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.


No comments:

Post a Comment