PPDa adalah singkatan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.
OBJEKTIF
1.
Meningkatkan pengetahuan, kefahaman,
kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid-murid,guru,kakitangan pendidikan
dan ibubapa.
2.
Membangunkan modal insan yang
memiliki ketahanan jatidiri yang tinggi di kalangan murid dari segifiikal,emosi,rohani
dan mental.
3.
Membentuk budaya sihat.tingkahlakupositif,
dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid
sekolah.
4.
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan
masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah penyalahgunaan
dadah.
5.
Menyediakan alternetif yang
berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.
HARAPAN
Program ini perlu diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid yang lebih menyeluruh. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah ”
No comments:
Post a Comment