Friday 15 March 2013

DADAH PSIKOAKTIF

Dadah psikoaktif adalah dadah rekreasi yang digunakan untuk tujuan lain selain kesihatan dan kerohanian. Dengan ini, penggunaan dadah untuk tujuan mengurangkan insomnia dan mengawal selera makan turut tergolong dalam kategori "dadah rekreasi".


Penggunaan dadah sebegini memang sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Kaedah tertua dan paling meluas ialah dengan meminum arak. Selain itu, merokok tembakau (nikotina di dalam tembakau ialah bahan psikoaktif) juga digunakan oleh orang orang Asia dan Amerika sebelum abad ke 16. Kanabis juga pernah mendapat tempat sebagai salah satu dadah rekreasi yang terkenal pada suatu masa dulu.
Penggunaan opium(diekstrak daripada popi) untuk rekreasi adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang Asia yang kemudiannya merebak ke Barat. Penggunaan Opium memuncak pada abad ke-19 setelah Britain dan beberapa kuasa barat mendesak China untuk membenarkan opium diimport daripada India dan beberapa negara Asia yang lain. Kokaina dan heroin dijual sebagai ubat berpaten pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan digunakan sebagai ubat untuk beberapa jenis penyakit.
Pada mulanya, banyak bahan digunakan sebagai dadah rekreasi, tetapi mula ditinggalkan atas pelbagai sebab. Salah satunya ialah faktor agama. Misalnya Islam mengharamkan pengambilan minuman beralkohol atau arak, dan semua agama yang lain mengutuk penggunaan dadah untuk tujuan rekreasi, walaupun membenarkan pengambilan arak dan rokok tembakau. Bagi Islam pengambilan dadah adalah sama seperti meminum arak, oleh itu dadah untuk rekreasi juga diharamkan. Walau bagaimanapun, hukum untuk rokok masih lagi samar-samar.
Pada abad ke-20, sesetengah negara Barat, terutama Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan penggunaan dadah untuk rekreasi. AS juga telah mendesak (secara diplomasi, tekanan ekonomi dan ketenteraan) negara lain untuk mengikut jejak langkah mereka. Misalnya tumbuhan Jepun bergelar hemp (tergolong dalam kumpulan Kanabis) yang pada satu masa dahulu ditanam secara meluas sebagai sumber serabut tekstil ( textile fiber ) terpaksa dimusnahkan semasa pendudukan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Pada masa kini, tumbuhan itu hanya dibenarkan hidup di dalam kawasan pemeliharaan biologi terkawal sahaja.

Antara contok dadah psikoaktif adalah..

ALKOHOL


NIKOTIN


KAFEINA


HALUSINOGEN


KANABIS @ POKOK GANJA


MDMA @ EKSTASI


GHB


KOKAINA @ HABLUR DARI DAUN KOKA


INHALAN



sumber dari google dan di sini

No comments:

Post a Comment