Dadah psikoaktif adalah dadah rekreasi yang digunakan untuk tujuan lain selain kesihatan dan kerohanian. Dengan ini, penggunaan dadah untuk tujuan mengurangkan insomnia dan mengawal selera makan turut tergolong dalam kategori "dadah rekreasi".
Penggunaan
dadah sebegini memang sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Kaedah tertua dan paling meluas ialah dengan meminum arak. Selain itu, merokok tembakau (
nikotina di dalam tembakau ialah bahan psikoaktif) juga digunakan oleh orang orang Asia dan Amerika sebelum abad ke 16.
Kanabis juga pernah mendapat tempat sebagai salah satu dadah rekreasi yang terkenal pada suatu masa dulu.
Penggunaan
opium(diekstrak daripada popi) untuk rekreasi adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang Asia yang kemudiannya merebak ke Barat. Penggunaan Opium memuncak pada abad ke-19 setelah
Britain dan beberapa kuasa barat mendesak China untuk membenarkan opium diimport daripada
India dan beberapa negara Asia yang lain.
Kokaina dan
heroin dijual sebagai ubat berpaten pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan digunakan sebagai ubat untuk beberapa jenis penyakit.
Pada mulanya, banyak bahan digunakan sebagai dadah rekreasi, tetapi mula ditinggalkan atas pelbagai sebab. Salah satunya ialah faktor agama. Misalnya
Islam mengharamkan pengambilan minuman beralkohol atau
arak, dan semua agama yang lain mengutuk penggunaan dadah untuk tujuan rekreasi, walaupun membenarkan pengambilan arak dan rokok tembakau. Bagi Islam pengambilan dadah adalah sama seperti meminum arak, oleh itu dadah untuk rekreasi juga diharamkan. Walau bagaimanapun, hukum untuk rokok masih lagi samar-samar.
Pada abad ke-20, sesetengah negara Barat, terutama
Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan penggunaan dadah untuk rekreasi. AS juga telah mendesak (secara diplomasi, tekanan ekonomi dan ketenteraan) negara lain untuk mengikut jejak langkah mereka. Misalnya tumbuhan
Jepun bergelar
hemp (tergolong dalam kumpulan Kanabis) yang pada satu masa dahulu ditanam secara meluas sebagai sumber serabut tekstil (
textile fiber ) terpaksa dimusnahkan semasa pendudukan Amerika Syarikat selepas
Perang Dunia II. Pada masa kini, tumbuhan itu hanya dibenarkan hidup di dalam kawasan pemeliharaan biologi terkawal sahaja.
Antara contok dadah psikoaktif adalah..
ALKOHOL
NIKOTIN
KAFEINA
HALUSINOGEN
KANABIS @ POKOK GANJA
MDMA @ EKSTASI
GHB
KOKAINA @ HABLUR DARI DAUN KOKA
INHALAN
sumber dari google dan di
sini