Syabu adalah sejenis dadah tiruan yang mana istilah saintifiknya adalah d-methamphetamine hydrochloride. Perkataan syabu berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular di Sabah. Panggilan lain yang digunakan oleh pengguna di pasaran adalah ICE, GLASS, CRACK METH, HIROPONG DAN BATU(STONES). Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya yang halus.
paket syabu
alat penghisap syabu
Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang.
Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
- Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
- Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
- Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
- Bersifat agresif.
Kesan jangka masa panjang adalah seperti berikut:
Kesan Syabu ( Methamphetamine ) *Gambar Hiasan |
- Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok)
- Kurang siuman dan mengalami gangguan mental
- Keracunan pada sistem saraf tunjang
- Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya
- Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut
- Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
No comments:
Post a Comment