- Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
- Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
- Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
- Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
- Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
- Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
- Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
- Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
- Kerana keporak perandaan rumahtangga.
- Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
- Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
- Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
- Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
Wednesday 8 May 2013
Faktor penyalahgunaan dadah
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan yang membuat penyelidikan ke atas faktor yang menyebabkan salah guna dadah adalah seperti berikut:-
Monday 6 May 2013
Kesan penyalahgunaan syabu
Syabu adalah sejenis dadah tiruan yang mana istilah saintifiknya adalah d-methamphetamine hydrochloride. Perkataan syabu berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular di Sabah. Panggilan lain yang digunakan oleh pengguna di pasaran adalah ICE, GLASS, CRACK METH, HIROPONG DAN BATU(STONES). Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya yang halus.
paket syabu
alat penghisap syabu
Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang.
Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
- Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
- Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
- Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
- Bersifat agresif.
Kesan jangka masa panjang adalah seperti berikut:
Kesan Syabu ( Methamphetamine ) *Gambar Hiasan |
- Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok)
- Kurang siuman dan mengalami gangguan mental
- Keracunan pada sistem saraf tunjang
- Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya
- Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut
- Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
Saturday 4 May 2013
Keceriaan bilik/sudut/lorong PPDa : part 2
Cepat sungguh masa berlalu. Kini sudah masuk pertengahan persekolahan 2013. Dalam kesibukan musim pilihan raya yang bakal menjelang 5 Mei nanti, warga SK Tanjung Batu tidak pernah mengabaikan tugas yang telah diamanahkan. Sebelum ini kita dapat lihat beberapa orang guru bertungkus lumus menceriakan bilik PPDa di sini, kini kita lihat pula sentuhan kreatif dari sudut/lorong lain
::::::LORONG UTAMA::::::
::::: PAPAN NOTIS DI LORONG UTAMA ::::::
::::: SUDUT POSITIF BAWAH TANGGA :::::
::::: SUDUT NEGATIF BAWAH TANGGA :::::
:::::: PAPAN TANDA :::::::
:::::: BILIK PPDa ::::::
:::::: LORONG C (JALAN KE KANTIN) ::::::
:::::: RUANG LEGAR ::::::
::::: PAPAN NOTIS DI HADAPAN BILIK PPDa:::::
::::: KANTIN :::::
:::::: PERPUSTAKAAN ::::::
Subscribe to:
Posts (Atom)